Jom Bantu Masjid At-Taiyibin


Makluman Kemajuan Projek Pembangunan Masjid At-Taiyyibin

Untuk makluman dan pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, projek pembangunan Masjid At-Taiyyibin, Kampung Tersusun Tanah Hitam, Chemor, Perak telah dimulakan pada penghujung tahun 2018. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya hasil sumbangan para dermawan, pewakaf, dan jemaah budiman di atas tanah wakaf milik masjid.

Ia merupakan inisiatif bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan para jemaah, dilaksanakan secara tersusun dan profesional mengikut tatacara kontrak rasmi iaitu Kontrak JKR 203A (Rev 2010). Sebuah Jawatankuasa Teknikal khas turut dibentuk, disertai kumpulan perunding bertauliah bagi memastikan kelancaran dan pematuhan piawaian dalam setiap peringkat perlaksanaan.

Kemajuan projek ini tertakluk kepada kemampuan dana yang ada, agar segala pembayaran kepada pihak kontraktor dapat dibuat secara berhemah dan berjadual.

Namun begitu, disebabkan kekangan sumber kewangan, pihak masjid terpaksa mengeluarkan skop pembinaan Dewan Utama Pusat Pengajian daripada pelan asal Fasa Pertama. Justeru, pembinaan dewan ini dipindahkan ke dalam perancangan Pelan Fasa Kedua yang akan datang.

Berdasarkan penilaian semasa, dana tambahan yang masih diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan Fasa Pertama adalah berjumlah sebanyak RM400,000. Dana ini adalah khusus bagi menyiapkan kerja-kerja luar kontrak, termasuk pembinaan pagar utama dan keliling kawasan masjid demi tujuan keselamatan dan pengurusan jemaah secara lebih teratur.

(Laporan Kemajuan Julai 2025- Pengerusi Pembangunan Ustaz Hj Ahmad Firdaus Mohammed Ali



Kutipan Semasa

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan

RM {nilai_sasaran}

0%


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Seikhlas Hati
INFAQ BANTU SIAPKAN PROJEK PPIT RM 10
INFAQ BANTU SIAPKAN PROJEK PPIT RM 50
INFAQ BANTU SIAPKAN PROJEK PPIT RM 100
INFAQ BANTU SIAPKAN PROJEK PPIT RM 1000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG